Ingat tak entri Camapak atau Alahan? Hari ni tadi dok berbual dengan salah sorang opismate i, dia tanya sirhan dan sembuh atau belum. Alhamdullilah Sirhan dah sembuh daripada alahan dia. Hampir dua minggu anak i menderita gatal-gatal. Kesian Sirhan..
Opismate i cakap dulu masa dia kecil-kecil diapon pernah kena macam sirhan tu. Tapi dia bukan alahan pada makanan,hama, atau habuk tapi sebab dia tersentuh daun yang gatal/miang. Mula-mula kena sikit jek. Esok paginye start bengkak-bengkak dan merah-merah. Dia kata kalau kat kampung dia penyakit macam tu, dipanggil "KELOPAK GARAM". Ubat untuk penyakit kelopak garam ni senang je dia cakap, kena mandi denganair garam.InsyaAllah KELOPAK GARAM tu akan sembuh.
Sama lah juga kes dengan Sirhan. Tapi,aku sendiri tak tahu Sirhan ni alergik dengan ape, sebab nak kata dia main kat rumput atau tempat berdaun tak da. Hari isnin lepas masa balik dari jemput Sirhan dari rumah BS, adalah jiran ni tegur. Dia cakap senangje nak baik penyakit ni mandikan anak ni dengan air yangdicampurkan garam, asam keping dan daun jambu batu.
Malam tu pun, i pun cuba lah petua dari mak cik tu. I masukan garam kasar dalam baldi yang berisi air suam. Tapi i tak masukkan asam keping dengan daun jambu batu sebab tak ada kat rumah. So, lepas mandikan Sirhan bersih-bersih i pon siram la air garam tu kat dia sambil berselawat dan berdoa. Alhamdullilah bangun pagi tu, i tengok kulit Sirhan cantik je. Dah tak da bengkak n merah-merah tu..Syukur!!!
Banyak klinik dah hospital kami pergi tapi tak juga baik-baik. Kesian Sirhan. Sume ubat yang kami dapat dari klinik dan hospital sama je. Antara ubat-ubatan yang kami dapat Calamine Lotion, loratadine dan prednisolone. Kalau lah i tau awal pasal ni, mungkin Sirhan tak lama menderita kena gatal-gatal ni.
Yeayy!!! Saye dah tak gatal -gatal lagi... |
No comments:
Post a Comment