Wednesday, November 28, 2012

Cikgu besar & Student Cilik

Gambar kat bawah ni masa bulan 5 hari tu kot kalau tak silap aku.Hamboi..hamboi..bukan main lagi, siap pakai spek mata bagai.Konon nak jadi Prof la tu ye.Ha dok conteng ape tu?Kan ibu suruh belajar mewarna. Tengok gaya macam dah boleh nak masuk sekolah. Tapi umur saya baru dua taon ibu.Tak boleh pegi school lagi la ibu.Alhamdullilah Sirhan memang minat dengan pensil warna, buku, marker and crayon.


Macam-macam gaya kalau dapat pegang pensil or marker.Janji dah melukis@menconteng.Sekarang ibu biar je tau kamu nak buat ape.Nanti bila dah sekolah, tak boleh dah nak mengaler ikut suka hati kamu je tahu!!


Aikk bukak spek pulak dah.Sampai terkangkang-kangkang lah tu.Anak-anak.Serius tangan dia lembut je penggang marker tu.Ibu tak ajar pon cara dia nak pengang pensil or marker.



Perasan tak meja jepun tu? Kitaorang beli kat TESCO isnin lepas.Sirhan sangat excited dengan meja tu.Tiap malam mesti ada je aktiviti yang dia nak buat dan  akan ajak ibu n baba join dia.Ibu, jom-jom sambil tarik tangan ibu pegi kat meja tu dan duduk sama-sama dengan dia Agaknya lebih selesa menulis dan mewarna atas meja.Kalau dulu dia meniarap je atas lantai tak berapa selesa kot.



Malam tadi husband i pulak do teman anak bujang dia.Hehehhehe.Mengajar si anak mengenal A..B..C and 1..2..3.Geli hati i tengok gelagat dua beranak ni. Si ayah ajar anak A tapi si anak sibuk nak B.Now, Sirhan dah boleh membaca A-Z and dia juga dah kenal huruf A,B,C,D,E,F dan G.Ibu vangga dengan kamu wahai anak.Nanti kita sambung lagi sampai Z plak.Hehehehhe.


Aiii ni kenapa pulak?Tadi elok je dua-dua belajar sama-sama.Ibu nak tanya ni, nak study ke nak posing?Semoga kamu menjadi anak yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.AMIN!!









Friday, November 23, 2012

Entry Spesel Untuk---->MAK!!



Besday MAK jatuh pada 2 November lepas. Tapi dek kebizian anak-anak MAK ni, maka besday MAK baru dapat nk celebrate mase awal Muharam ritu. Sori MAK. Tapi anak-anak MAK still wish masa 2 November tu kan.Alhamdullilah dengan izin Allah, usia MAK genap 48 pada tahun ni.Syukur Ya Allah.

Semoga MAK sentiasa berada dalam lindunganNya. Dikurniakan tubuh badan yang sihat, dimurahkan rezeki, dilindungi daripada segala anasir kejahatan didunia ini samaada lahir mahu pun tersembunyi serta  berbahagia disamping ayah, anak-anak, menantu dan 2 orang cucu yang comel dan bijak.

Anak-anak MAK saying MAK sangat..Terima kasih atas segala pengorbananmu MAK semasa mengandungkan,melahirkan,mendidik dan membesarkan anak-anak mu ini, sehingga kami menjadi insan yang berguna pada hari ini. Sesungguhnya, jasa dan pengorbananmu tidak terbalas dengan wang ringgit mahupun dengan kek yang kami berikan ini. 


Choclate Indulgence

Sabar ye mak,lily tak pasang lagi

POTONG!!

Aiii cucu ni pun nak juga sibuk potong kek

Adam pun sama?Nak potong juga tu

Mak+Ayah = 2 Orang Cucu yang COMEY

Spoil lah ayah ni pakai kain pelekat je.Suruh tukar tak mau..Eerrrhhhggg



Pandainye anak ibu,suapkan uwan kek.

Allolollo pandainye Adam suap kek untuk uwan.










SELAMAT HARI LAHIR MAK!!

&

KAMI SAYANG MAK!!!!

Wednesday, November 21, 2012

:Rabu Yang Bisu:

1st try!!!

Tengok! Abis kuar meehon dari pinggan..

Yes!!Dapat gak aku makan meehon ni..

Monday, November 12, 2012

:Siakap Stim Limau:

Semangat pangang memanggang semakin membara ye kawan-kawan. Tak boleh nak bendung lagi dah semangat ni.Ada je benda yang I nak panggang la, kukus la n semua la..Huhuhuu..Boleh ke macam tu? Sampai kena tegur dengan jiran belakang umah tau!!. Malu pulak rasenya. Wink!!


Lagi best, semalam ada member I dok minta resepi I ni.Wauuuu..sungguh tak disangka. I tak de niat pon nak nunjuk-nunjuk or kata I terror masak, cuma i juz nak share ape kelebihan pemanggang ajaib ni aje. So kat sini I nak share la resepi Ikan Siakap Stim Limau versi i ok.


Bahan-Bahan:-
1.    1 Ekor ikan siakap
2.    2 Batang Serai
3.    1 Biji tomato
4.    5 ulas cilia api/padi  hijau
5.    1 Batang Celeri
6.    2 helai (helai ker?) daun limau purut
7.    2 inci halia
8.    1 biji lada besar
9.    Garam
10.    Sos tiram
11.    3-4 biji limau nipis.
12.    1 gelas air masak

Cara Memasak :-
1.    Bersihkan ikan siakap terlebih dahulu.
2.    Perap ikan siakap dengan 2 – 3 biji limau nipis selama 15 minit.
3.    Ketuk serai dan cilia api/padi.
4.    Hiriskan halia,lada besar dan batang celery.
5.    Potong tomato bentuk bulat. (Atau ikut citarase masing-masing)
6.    Setelah ikan diperap selama 15 minit, lumurkan sos tiram di atas badan ikan.
       (Ikan yg diperap bersama limau tak perlu dibasuh dengan air)
7.    Masukkan ikan n semua bahan diatas kedalam pemanggang kecuali tomato dan daun limau purut.
8.    Kukus dalan 5- 10 minit dengan menggunakan api sederhana.
9.    Masukkan segelas air masak.
10.  Taburkan sedikit garam.
11.  Masukkan tomato dan daun limau purut.
12.  Kukus semula dalam 10 minit lagi dengan api sederhana juga.


Nah, sedia dihidangkan..





Selamat mencuba!!!!!

Wednesday, November 7, 2012

Sotong dan Pemanggang Ajaib

Sesuai dengan namanya. Pemanggang Ajaib. I beli last week kat wife member i.Tak rugi lah beli dan memang menang memakai..Waahhhh!!  gitu sekali memuji.Padahal baru je cube sekali..Hahahahaha..Bikin gempak je ayat tu. Beli pemanggang ajaib ni , sekali disertakan dengan buku resepi.Hah dah untung lagi kat situ..Tak payah nak sibuk menggoogle resepi kat internet.


Masa pon jimat.Kalau dulu husband I, berhempas pulas nak hidupkan api, sekarang letak je pemanggang ni  atas dapur gas dan petik..tettkkk..tettkk (bunyi pemetik dapur gas) dah boleh guna. Semalam kami try bakar sotong. Husband I plak, tersalah beli sotong yang jenis keras tu. I dok membebel  le kat dia. Nape beli sotong keras ni? Macam ner sirhan nak makan kalau keras? Tapi….tak disangka-sangka, sotong keras ni jadi sungguh lembut, setelah dibakar atas pemanggang ajaib ni. Dalam 5 minit je kot kami bakar.Memang ajaib lah.Huhuhuhu.


Rase sotong pon fresh jek kalau nak banding kita bakar pakai arang tu. Nikmat makan sotong tu fuhhhh…Sampai menjilat jari uolss.



Thursday, November 1, 2012

Basikal Punya Cerita ~Pheeww~

Ahad lepas, kami pulang dari kampung awal.Takut jem punya pasal. Cukup lah, hari kamis sebelum raya tu je kami tersekat, sampai kena tido hotel dulu kat senawang. Padahal nak balik Kuala Pilah je pun. Kul 5 pagi dah check out, bimbang kalau lambat sure jem lagi pagi raya tu.Pukul 5 pagi pun keluar, still lagi banyak kete menuju ke Kuala Pilah.Sakan betul sume orang nak balik beraya. Macam i juga nak sambut hari raya korban terpaksa berkorban tdo kat hotel dulu,pasal tak sanggup nak nempuh jem.Lawak kan.Aiihhh jauh dah merapu.Cukup kembali kepada tajuk.Cukup-cukup sudah!!!!

Sampai puchong kul 12. Kita masak sup gear box dulu.Settle makan dan kemas rumah, kita tdo dulu lah 1 round.Hari hujan pulak.Errrmmm lagi sedap tdo.Perut pun dah kenyang kan..kan..kan.. Sekali, sedar - sedar dah pukul 5.30 petang. Patut lah rase macam lama tdo.Oittt pn.mungeelily, tu bukan rase lama lagi dah, memang lama ko dah tdo.Huhuhuhuhu. Terus gerak husband i, bangun-bangun je terus cakap "Jom g GIANT!!".Aikkk mimpi gi GIANT ker mase tdo tadi, laki i ni.Tapi cakap dalam hati lah. Dengar je offer cam tu, terus lompat dari katil, capai tuala, zupppp masuk toilet mandi. Nak jalan-jalan cuci wallet kan, harus lah laju.

Ok, mari kita ke GIANT Shah Alam. Umah kat Puchong, sampai ke Sham Alam, shoping barang dapur. Sampai GIANT, amik sorang 1 troli.Husband i, bawa my bujang. List barang masing-masing dah ada. Jom kita capai, tengok exp date, masuk troli.Sila baca macam iklan Master Chef tu iye.Kukus..Grill..Panggang. Tengah i sibuk membelek-belek milo, henpon i bunyi.Ohhh my Husband!!

Husband:Sayang, datang kat abang ni kejap.
Wife   :Huurmmm, abang kat ner?
Husband:Kat sini la.
Wife   :Sini tu kat mana?
Husband:Kat tempat basikal.
Wife   : OK.(Termenung sambil berpikir sekejap. Rasenya kat dalam list dia tadi, tak de plak tulis basikal.)

Sampai kat tempat basikal tu, i dah nampak Sirhan atas basikal, dok kayuh sana sini.Aihhh...abis lah nih.Comfirm dia tak nak letak basikal tu.Husband i cakap, nak belikan dia basikal tu, sebab dia tengok anak dia dah hepi sangat dapat kayuh basikal. I ok je lah. Bila husband i suruh dia pilih kaler, then Sirhan pilih warna hijau.Tak kisah lah nak oii warna ape pun, janji kamu hepi. Ingat bila dah pilih tu, dia nak lah turun dari basikal tu, sebab nak masukkan basikal tu dalam troli, coz misi mencari barang dapur tak settle lagi ni. Sekali dia boleh meraung tak mo masukkan basikal tu dalam troli. Dia nak naik basikal tu.Husband i cakap, tak pelah, biar je dia kayuh basikal dalam GIANT. Ha korang hado anak perangai macam ini?Eiiiii geram gile i tau, sebab list husband i tu, i yang kena settle, coz dia nak handle mamat kecik tu.

Ok, dah jumpa sume barang kan. Dah jom kita balik. Pening dah ni, melayan anak yang berbasikal dalam pasaraya. Bila dah penat mengayuh, marah plak kat basikal tu. Boleh ker macam tu?Dia yang tak kayuh, so mana basikal nak jalan.Then marah.Dah tu bila kita nak tolak, dia tak bagi.Hangin tak rase?Sabar..Sabar..Sabar.Sampi kat kereta, nak masukkan basikal dalam kete, pon satu hal lagi.Dia tak bagi masuk bonet. Nak suruh masuk, kat seat belakang tu.Hadoiiiii!! migrain ibu dengan baba tau Sirhan. Tak beli kesian kat awak tu nak basikal sangat. Dah beli macam ni plak.Anak!!Anak!!. Last sekali, hubby i pon dah geram, dia masukkan je dalam bonet.Meraung-raung dia. Kitaorg buat tak reti je, sekali dia diam.Tengok kat seat belakang, dia dah tdo. Rupanya dia dah letih dan ngantuk.Sian anak ibu.Tu yang meragam sakan.Bukan pasal basikal tu sangat pon. Padahal petang tu dah tdo lama da. Sampai rumah, dia tido terus sampai ke pagi. Tak main pon, dengan basikal dia. 

Mehhh layan gambar dia dengan basikal baru. Ni gambar masa hari isnin hari tu. Paksa ibu teman dia main basikal, padahal ibu baru je balik dari keje.Tetapi kerana anak, i turutkan juga walaupun penat.





Ha yang ini ape hal plak ni? Naik basikal dalam rumah pakai helmet.Safety 1st.Kata husband i.Hari dah malam pon sibuk nak main basikal.



Wednesday, October 31, 2012