Wednesday, November 28, 2012

Cikgu besar & Student Cilik

Gambar kat bawah ni masa bulan 5 hari tu kot kalau tak silap aku.Hamboi..hamboi..bukan main lagi, siap pakai spek mata bagai.Konon nak jadi Prof la tu ye.Ha dok conteng ape tu?Kan ibu suruh belajar mewarna. Tengok gaya macam dah boleh nak masuk sekolah. Tapi umur saya baru dua taon ibu.Tak boleh pegi school lagi la ibu.Alhamdullilah Sirhan memang minat dengan pensil warna, buku, marker and crayon.


Macam-macam gaya kalau dapat pegang pensil or marker.Janji dah melukis@menconteng.Sekarang ibu biar je tau kamu nak buat ape.Nanti bila dah sekolah, tak boleh dah nak mengaler ikut suka hati kamu je tahu!!


Aikk bukak spek pulak dah.Sampai terkangkang-kangkang lah tu.Anak-anak.Serius tangan dia lembut je penggang marker tu.Ibu tak ajar pon cara dia nak pengang pensil or marker.



Perasan tak meja jepun tu? Kitaorang beli kat TESCO isnin lepas.Sirhan sangat excited dengan meja tu.Tiap malam mesti ada je aktiviti yang dia nak buat dan  akan ajak ibu n baba join dia.Ibu, jom-jom sambil tarik tangan ibu pegi kat meja tu dan duduk sama-sama dengan dia Agaknya lebih selesa menulis dan mewarna atas meja.Kalau dulu dia meniarap je atas lantai tak berapa selesa kot.



Malam tadi husband i pulak do teman anak bujang dia.Hehehhehe.Mengajar si anak mengenal A..B..C and 1..2..3.Geli hati i tengok gelagat dua beranak ni. Si ayah ajar anak A tapi si anak sibuk nak B.Now, Sirhan dah boleh membaca A-Z and dia juga dah kenal huruf A,B,C,D,E,F dan G.Ibu vangga dengan kamu wahai anak.Nanti kita sambung lagi sampai Z plak.Hehehehhe.


Aiii ni kenapa pulak?Tadi elok je dua-dua belajar sama-sama.Ibu nak tanya ni, nak study ke nak posing?Semoga kamu menjadi anak yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.AMIN!!









No comments:

Post a Comment