Thursday, November 1, 2012

Basikal Punya Cerita ~Pheeww~

Ahad lepas, kami pulang dari kampung awal.Takut jem punya pasal. Cukup lah, hari kamis sebelum raya tu je kami tersekat, sampai kena tido hotel dulu kat senawang. Padahal nak balik Kuala Pilah je pun. Kul 5 pagi dah check out, bimbang kalau lambat sure jem lagi pagi raya tu.Pukul 5 pagi pun keluar, still lagi banyak kete menuju ke Kuala Pilah.Sakan betul sume orang nak balik beraya. Macam i juga nak sambut hari raya korban terpaksa berkorban tdo kat hotel dulu,pasal tak sanggup nak nempuh jem.Lawak kan.Aiihhh jauh dah merapu.Cukup kembali kepada tajuk.Cukup-cukup sudah!!!!

Sampai puchong kul 12. Kita masak sup gear box dulu.Settle makan dan kemas rumah, kita tdo dulu lah 1 round.Hari hujan pulak.Errrmmm lagi sedap tdo.Perut pun dah kenyang kan..kan..kan.. Sekali, sedar - sedar dah pukul 5.30 petang. Patut lah rase macam lama tdo.Oittt pn.mungeelily, tu bukan rase lama lagi dah, memang lama ko dah tdo.Huhuhuhuhu. Terus gerak husband i, bangun-bangun je terus cakap "Jom g GIANT!!".Aikkk mimpi gi GIANT ker mase tdo tadi, laki i ni.Tapi cakap dalam hati lah. Dengar je offer cam tu, terus lompat dari katil, capai tuala, zupppp masuk toilet mandi. Nak jalan-jalan cuci wallet kan, harus lah laju.

Ok, mari kita ke GIANT Shah Alam. Umah kat Puchong, sampai ke Sham Alam, shoping barang dapur. Sampai GIANT, amik sorang 1 troli.Husband i, bawa my bujang. List barang masing-masing dah ada. Jom kita capai, tengok exp date, masuk troli.Sila baca macam iklan Master Chef tu iye.Kukus..Grill..Panggang. Tengah i sibuk membelek-belek milo, henpon i bunyi.Ohhh my Husband!!

Husband:Sayang, datang kat abang ni kejap.
Wife   :Huurmmm, abang kat ner?
Husband:Kat sini la.
Wife   :Sini tu kat mana?
Husband:Kat tempat basikal.
Wife   : OK.(Termenung sambil berpikir sekejap. Rasenya kat dalam list dia tadi, tak de plak tulis basikal.)

Sampai kat tempat basikal tu, i dah nampak Sirhan atas basikal, dok kayuh sana sini.Aihhh...abis lah nih.Comfirm dia tak nak letak basikal tu.Husband i cakap, nak belikan dia basikal tu, sebab dia tengok anak dia dah hepi sangat dapat kayuh basikal. I ok je lah. Bila husband i suruh dia pilih kaler, then Sirhan pilih warna hijau.Tak kisah lah nak oii warna ape pun, janji kamu hepi. Ingat bila dah pilih tu, dia nak lah turun dari basikal tu, sebab nak masukkan basikal tu dalam troli, coz misi mencari barang dapur tak settle lagi ni. Sekali dia boleh meraung tak mo masukkan basikal tu dalam troli. Dia nak naik basikal tu.Husband i cakap, tak pelah, biar je dia kayuh basikal dalam GIANT. Ha korang hado anak perangai macam ini?Eiiiii geram gile i tau, sebab list husband i tu, i yang kena settle, coz dia nak handle mamat kecik tu.

Ok, dah jumpa sume barang kan. Dah jom kita balik. Pening dah ni, melayan anak yang berbasikal dalam pasaraya. Bila dah penat mengayuh, marah plak kat basikal tu. Boleh ker macam tu?Dia yang tak kayuh, so mana basikal nak jalan.Then marah.Dah tu bila kita nak tolak, dia tak bagi.Hangin tak rase?Sabar..Sabar..Sabar.Sampi kat kereta, nak masukkan basikal dalam kete, pon satu hal lagi.Dia tak bagi masuk bonet. Nak suruh masuk, kat seat belakang tu.Hadoiiiii!! migrain ibu dengan baba tau Sirhan. Tak beli kesian kat awak tu nak basikal sangat. Dah beli macam ni plak.Anak!!Anak!!. Last sekali, hubby i pon dah geram, dia masukkan je dalam bonet.Meraung-raung dia. Kitaorg buat tak reti je, sekali dia diam.Tengok kat seat belakang, dia dah tdo. Rupanya dia dah letih dan ngantuk.Sian anak ibu.Tu yang meragam sakan.Bukan pasal basikal tu sangat pon. Padahal petang tu dah tdo lama da. Sampai rumah, dia tido terus sampai ke pagi. Tak main pon, dengan basikal dia. 

Mehhh layan gambar dia dengan basikal baru. Ni gambar masa hari isnin hari tu. Paksa ibu teman dia main basikal, padahal ibu baru je balik dari keje.Tetapi kerana anak, i turutkan juga walaupun penat.





Ha yang ini ape hal plak ni? Naik basikal dalam rumah pakai helmet.Safety 1st.Kata husband i.Hari dah malam pon sibuk nak main basikal.



No comments:

Post a Comment