Monday, November 12, 2012

:Siakap Stim Limau:

Semangat pangang memanggang semakin membara ye kawan-kawan. Tak boleh nak bendung lagi dah semangat ni.Ada je benda yang I nak panggang la, kukus la n semua la..Huhuhuu..Boleh ke macam tu? Sampai kena tegur dengan jiran belakang umah tau!!. Malu pulak rasenya. Wink!!


Lagi best, semalam ada member I dok minta resepi I ni.Wauuuu..sungguh tak disangka. I tak de niat pon nak nunjuk-nunjuk or kata I terror masak, cuma i juz nak share ape kelebihan pemanggang ajaib ni aje. So kat sini I nak share la resepi Ikan Siakap Stim Limau versi i ok.


Bahan-Bahan:-
1.    1 Ekor ikan siakap
2.    2 Batang Serai
3.    1 Biji tomato
4.    5 ulas cilia api/padi  hijau
5.    1 Batang Celeri
6.    2 helai (helai ker?) daun limau purut
7.    2 inci halia
8.    1 biji lada besar
9.    Garam
10.    Sos tiram
11.    3-4 biji limau nipis.
12.    1 gelas air masak

Cara Memasak :-
1.    Bersihkan ikan siakap terlebih dahulu.
2.    Perap ikan siakap dengan 2 – 3 biji limau nipis selama 15 minit.
3.    Ketuk serai dan cilia api/padi.
4.    Hiriskan halia,lada besar dan batang celery.
5.    Potong tomato bentuk bulat. (Atau ikut citarase masing-masing)
6.    Setelah ikan diperap selama 15 minit, lumurkan sos tiram di atas badan ikan.
       (Ikan yg diperap bersama limau tak perlu dibasuh dengan air)
7.    Masukkan ikan n semua bahan diatas kedalam pemanggang kecuali tomato dan daun limau purut.
8.    Kukus dalan 5- 10 minit dengan menggunakan api sederhana.
9.    Masukkan segelas air masak.
10.  Taburkan sedikit garam.
11.  Masukkan tomato dan daun limau purut.
12.  Kukus semula dalam 10 minit lagi dengan api sederhana juga.


Nah, sedia dihidangkan..





Selamat mencuba!!!!!

1 comment:

  1. Sedapnya...hari nie saya nak cube sempena bulan Ramadhan nie..

    ReplyDelete