Wednesday, October 31, 2012

Thursday, October 25, 2012

: Salam Aidiladha 1433H :

Sunyi sepi ofis I rini. Sume dah cuti. I je yang masih setia di pejabat. Body je kat ofis, tapi hati n perasaan I dah sampai kat kampung.. Aiihhh lambat lagi nak pukul lima ni. Baru masuk ofis, ko dah sibuk nak balik. Baik ko tak payah datang keje tadi.

InsyaAllah pas abis keje petang ni, I terus cabut balik kampung. Tapi turn raya sebelah husband i.Sob.sob.sob..Petang esok baru I balik umah parents i. Petang esok, a ada makan-makan family kat umah nenek belah ayah i. Friiiittt makan lagi. Raya pose naik 2 kg lepas raya. Ni raya korban pulak, tak tau naik brape kg lagi, sebab banyak makan sup tulang n rendang daging. So mari kita menternak lemak ye.

Selamat pulang ke kampung. Hati-hati memandu di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.

 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!


Wednesday, October 24, 2012

WW

Tq Sayang, tolong picit kaki ibu..Anak bujang ibu nih dah boleh harap da.

Tekan + Selera Meragam

Bangun pagi ni, tetibe rase macam nak makan  megi goreng. Tapi tak mo mamak punya. Ohh ye, kami laki bini memang tak layan mamak ok.

Sepantas kilat masuk dapur. Tak payah mandi lah. Kita masak dulu…Hahahahaha.. Check sume barang, ok cukup.Jom start masak.Ooopppss!!! kepada jiran-jiran kiri, kanan dan belakang rumah, I minta maap ler, pagi-pagi buta ni, I dok menumbuk plak dan kacau korang  tdo.

So ni barang yang digunakan...



15 minit kemudian......



Siap megi goreng melayu style..Pantas kan.Poyo je kau lily.Orang masak megi 2 minit jek cam kat iklan dalam TB tu pon tak kecoh..Huhuhuhuhu..

Saturday, October 20, 2012

Alhamdullilah..Sejuk Perut Ibu!!



Ya ALLAH terima kasih keatas anugerah yang telah kau kurniakan kepada ku ini..

Ibu sentiasa doakan, semoga Muhammad Sirhan Rifqi sentiasa diberkati oleh ALLAH S.W.T dan menjadi anak yang soleh..AMIN..AMIN..AMIN..

Posted via Android

Wednesday, October 17, 2012

Oohhh gadjet!!



Tengoklah dua beranak ni, leka mengadap gadjet masing-masing. Mase i capture gambar ni pon diaorg tak perasan.

Hello..



Tak kesian ke kat ibu ni, tgk Master Chef sesorang. Sob..sob :-(

Posted via Android

Wordless Wednesday

Meja orang rajin bekeje.

Friday, October 12, 2012

: Visiting Baby Khalishhh :


Salam Jumaat.

Lunch hour hari ni panjang sebab hari jumaat kan. Penjawat awam macam I ni rehat lama skit.Huhuhu.. Maka I dgn opismate (Fiza) I decide, nak pegi  rumah opismate (Niza) kitaorang yang bersalin masa bulan 8 ritu. I, sebelum ni memang dah pegi tengok dah baby niza. Fiza je blom tengok baby si Niza ni sebab, masa weolls pegi melawat ritu, Fiza ada appoiment dengan doktor.

Sampai je kat pintu rumah Niza, dah bau minyak Yu Yee Cap Limau. Weolls pon bagi salam. Niza pon jawab salam n buka pintu. Wahhhh dah besar ye Khalish. Ritu auntie datang khalish baru umur 3 hari. Tapi baby Khalish tak berapa sihat. Alolaloaloo sian Khalish. Tapi baby Khalish sangat baik dan aktif. Walaupun tak berapa sihat mulut dia bising nak bercakap. Awak memang peramah Khalish. Auntie Suke!!!.

Dah lama tak jumpa Niza macam-macam cerita keluar. Syok betull. Tengah kitaorg dok bergosip, sekali si Khalish ni menjerit.Hhuhuhuhuhuh..Kuat plak tu. Rupanya dia marah sebab orang tak layan dia. Bijak sungguh.Okey..Okey auntie sambung bual dengan awak ye..Bila dah layan dia bukan main lah hepi..Tapi lepas tu tibe-tibe nangis..Ha kenapa awak nangis? Ooooo nak nenen ye..Mentang-mentang dah penat becakap, now nak isi minyak plak ye. Ok kasi isi minyak dulu. Masa isi minyak, tak reti diam pulak tu. Bukan main lasak lagi. Aiiihhhhh macam-macam ragam btol budak-budak zaman sekarang nih..Hikhikhi.

Ok lah Khalish auntie nak balik dulu tau. Dok baik-baik dengan mama tau. Mama ada sebulan jek lagi nak lepak-lepak dengan Khalish.Muahh.Muahh..Sayang Khalish!!!!!



Muhammad Khalish Hazim

Thursday, October 11, 2012

“Aku Terima Nikahnya”



Pheeewwwwwitttt!! Romantik Abis..Tak sabar nak ajak hubby I pegi tengok cite ni. Hari tu dah cancle tgk Hantu Kapcai kan..kan.. Jomm kita layan cintan cintu plak ye abang. Kot lah bila tengok cite ni nanti u teringat masa u lafaz akad pada i..Macam gambar kat bawah nih…Hikhikhik..Luf u so much SAYANG!!
Tq Abang..Pilih i jadi suri dalam hati u...

Jom bace sinopsis Aku Terima Nikahnya.

Berkisar tentang susah payah seorang isteri yang sangat setia, Arlisa lakonan (Nora Danish) . Baru bergelar suami dan isteri, rumah tangga Arlisa dan Johan lakonan (Adi Putra) mengalami dugaan hebat apabila Johan ditimpa kemalangan.
Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia selepas kemalangan. Arlisa ssanggup menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan langsung  tak mengenali dirinya.

Pelbagai cara yang digunakan oleh Arlisa untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu. Tetapi segala usahanya gagal untuk  mengembalikan ingatan Johan. Arlisa diduga lagi dengan dugaan yang lebih perit apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan (Mon Ryanti).
Johan makin rapat dan mesra di samping Suriya dan telah menyatakan isi hatinya  untuk menceraikan Arlisa kerana telah mula mencintai Suriya. Rumahtangga mereka semakin goyang dan telah  memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.

Apa kesudah cerita ni? Jommm kita serbu panggung kalau nak tau ape kesudahan cerita nih..


 Bye...I nak pegi booking tiket dulu...PEACE!!!

Monday, October 8, 2012

Bersukan Untuk Kesihatan..Cewahh!!

Kelas ko Lily pegi bersukan ye!! Nape tak pecaya ke I pegi bersukan? Ha… Jangan tak tau ye, I dulu olahragawati sekolah tau. Sejak dah beranak ni je, I jarang-jarang pegi bersukan. Jarang-jarang ker? Hahahahah.. Jadi aktiviti malam minggu yang lepas adalah beriadah 1 family di Supercourt USJ.

Hubby I booking 1 court untuk kami. Syokknye dapat main badminton. Hepi sungguh anak bujang I dapat main badminton kat court. Selalu dia asyik main dalam rumah je. Baru main 5 minit dia dah minta air. Apedah Sirhan ni.  Kata nak jadi penganti Dato’ Lee Chong Wei. Menjerit-jerit marah kalau tak dapat nak pukul shuttlecocks. Bukat takat tak dapat pukul je marah, siap boleh masuk court orang lain pulak yang tak tahan tu..Anak..anak!!. 
Serius, peluh memang keluar habis. Macam peluh petani pun ado. Hahahaha. Agak kurang stamina masa bermain. Hubby i kejap bagi kiri, kejap bagi kanan. Amboiii abang, buli I eh..Mentang-mentang lah I dah tak berapa nak laju lagi berlari sejak sejak dah beranak ni. Kalau macam ni abang, tiap-tiap minggu lah kita pegi riadah. Baru lah stamina maintain. Tak pancittt.
Lepas sejam hubby I layan I main badminton, dia join plak member-member dia kat court yang getah.  Lantai court kitaorg tadi lantai kayu je. Dia nak main kat lantai getah plak. Main dengan I tak mencabar katanya..Khikhikhik.. I dengan Sirhan pon teman lah dia. Sirhan mase tu dah kepenatan, so masa baba dia main dia elok jek duduk dengan I tengok baba dia. Kalau tak penat jangan harap lah dia nak duduk diam. Pukul 11 I pun ajak hubby I balik sebab Sirhan dan merengek-rengek sebab ngantuk n penat. Dekat nak pukul 12 juga baru kitaorg sampai rumah. Walaupun penat tapi enjoy!!!


MAJULAH SUKAN UNTUK KELUARGA !!!!