Friday, October 12, 2012

: Visiting Baby Khalishhh :


Salam Jumaat.

Lunch hour hari ni panjang sebab hari jumaat kan. Penjawat awam macam I ni rehat lama skit.Huhuhu.. Maka I dgn opismate (Fiza) I decide, nak pegi  rumah opismate (Niza) kitaorang yang bersalin masa bulan 8 ritu. I, sebelum ni memang dah pegi tengok dah baby niza. Fiza je blom tengok baby si Niza ni sebab, masa weolls pegi melawat ritu, Fiza ada appoiment dengan doktor.

Sampai je kat pintu rumah Niza, dah bau minyak Yu Yee Cap Limau. Weolls pon bagi salam. Niza pon jawab salam n buka pintu. Wahhhh dah besar ye Khalish. Ritu auntie datang khalish baru umur 3 hari. Tapi baby Khalish tak berapa sihat. Alolaloaloo sian Khalish. Tapi baby Khalish sangat baik dan aktif. Walaupun tak berapa sihat mulut dia bising nak bercakap. Awak memang peramah Khalish. Auntie Suke!!!.

Dah lama tak jumpa Niza macam-macam cerita keluar. Syok betull. Tengah kitaorg dok bergosip, sekali si Khalish ni menjerit.Hhuhuhuhuhuh..Kuat plak tu. Rupanya dia marah sebab orang tak layan dia. Bijak sungguh.Okey..Okey auntie sambung bual dengan awak ye..Bila dah layan dia bukan main lah hepi..Tapi lepas tu tibe-tibe nangis..Ha kenapa awak nangis? Ooooo nak nenen ye..Mentang-mentang dah penat becakap, now nak isi minyak plak ye. Ok kasi isi minyak dulu. Masa isi minyak, tak reti diam pulak tu. Bukan main lasak lagi. Aiiihhhhh macam-macam ragam btol budak-budak zaman sekarang nih..Hikhikhi.

Ok lah Khalish auntie nak balik dulu tau. Dok baik-baik dengan mama tau. Mama ada sebulan jek lagi nak lepak-lepak dengan Khalish.Muahh.Muahh..Sayang Khalish!!!!!



Muhammad Khalish Hazim

No comments:

Post a Comment