Tuesday, October 2, 2012

Berpicnic Sakan di Ulu Yam...

Sakan ye berendam. Sampai demam n amik MC..Huhuhuhuh. Bertahun dah tak pegi picnic. Hari sabtu lepas, budak-budak  seksyen kilang husband I buat family day gitu. So destinasi pilihan untuk picnic ULU YAM.  Korang penah pegi Ulu Yam tak? I memang tak penah pergi, tapi husband I kata dia dah dua kali pegi masa dia bujang dulu. Pegi naik motor je dulu katanya sebab nak layan corner kat Ulu Yam tu. Memang iye pun jalan untuk sampai ke tempat kami nak berpicnic tu memang  sangat lah mencabar. Berbukit-bukit  dan selekohnya sangat tajam. 

Kami keluar rumah awal pagi sabtu tu. Pukul 7.30 pagi dah gerak ke kilang husband I sebab semua kena berkumpul kat sana selewatnya kul 8.15 pagi. Sape lambat..Tinggal!!!. 15 biji  kete yang berkonvoi ke Ulu Yam. Dari Sham Alam nak ke Ulu Yam tu makan masa dua jam.  Jauh lah juga . Itu pun dari Shah Alam nak ke Batu Caves kami semua  ikut highway.

Bosan lama sangat nak sampai ke Ulu Yam..Kita amik gambar dulu.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi sampai 15 biji kete nih kat Ulu Yam. Fuhhh!! Memang nyaman udara kat sana. Sejuk n banyak angin. Bunyi deruan air terjun pulak buat hati lebih teruja nak berendam..Hahahahah…Anak bujang I memang tak boleh nak sabar bila nampak air. Tak tentu arah dia.

Dahhh sampaiiii
Tengok..Nak cepat mandi nye pasal x nak amik gambar dulu..


Cepat lah ibu..Nak mandi bukan amik gambar la..
Bila dah jumpa tempat yang sesuai nak mandi, semua dok pakat bawak turun barang n makanan.  Kata potluck kan. Harus lah banyak makanan. I n husband buat ayam perap untuk BBQ. Jenuh lah balik dari keje hari jumaat tu duk memerap 8 ekor ayam.  Untuk makan 60 orang lah katakan.

Tiup..Tup jangak x tiup sampai hidup api..
I dengan Sirhan memang dah siap-siap pakai baju mandi. Settle letak barang I n Sirhan laju je turun mandi. Gggrrrrrkkk...Sejuk gile air dia.Sirhan pon mula-mula excited,  kena je air sejuk terus dia bangun. Terkejut agaknya..Hahahahahha..Padan muka, tulah sape suruh tak sabar. Ibu dah cakap kan suruh tunggu tengah hari skit. Tapi kejap je dia takut pas tu dia berendam semula. Kawan-kawan pulak ramai, lagi lah dia tak peduli sejuk tau suke jek.
Menggigil - gigil kesejukan budak ni!!
Bila dah berendam dalam air, harus lah perut jadi lapar kan. Naik dulu kita makan. Ada nasi lemak, bihun goreng Singapore, sandwish, kek besday, ayam n daging BBQ, sosej n nugget, dessert, muffin, makanan ringan n kuih muih.  Alhamdullilah makanan tu berlebih-lebih. Siap masa nak balik tu tapau sorang skit. Husband I n kawan dia memang sibuk dok bakar ayam. Sume kata ayma perap kitaorg tu sedap..TQ semua!!Kami buat dengan ikhlas sebab tu sedap..Hahahhaa..Ceh poyo jek puji diri sendiri.Tak malu.
Nak makan kena beratur ye..Jangan rebut..Sume dapat makan punya.
Baba, cepat lah adik nak ayam lah..
Dah sejuk berendam kasi panas badan dulu kat api sambil mkn ayam
Nyummmmmyyyy...Ayam perap..Ni lah hasilnye..

Tak sangka pulak orang-rang laki ni ada sediakan pertandingan untuk anak-anak dan kaum bapa sendiri. Tapi agak tak puas ati juga sebab pertandingan untuk kaum ibu taka de. Ini tidak adil.Kami semua penat masak tau. Kalau kami tak masak ha lapar lah korang semua  tak makan.Hehhehehe..Protes gitu kan. Tetibe Ketua cakap memang taka da pertandingan untuk ibu-ibu tapi kami dah sedia awal-awal dah adiah untuk para ibu.Hehehhehehe..Lebar senyum mak-mak ye. Tak payah bertanding terus dapat hadiah. Antara pentandingan yang diaorg buat tiup belon, rebut gula-gula, menyelam sape paling lama, berenang n paling best terjun bebas dari atas batu tinggi ala-ala Pandalela Rinong gitu.Tapi acara terjun bebas tu untuk kaum bapa je. Husband I tak menang sebab amik mase lama nak terjun.Dia dulu masa bujang dia berani je. Ni dah kawin dia kata ketaq lutut.Hahahahaha….

Tiup..Tiup sampai pecah ye!!
Cepat..Cepat belon sape pecah dulu dia dapat hadiah!!
Rebut gula-gula..Ibu yg over..Anak relax je..ahahahahah
Tengok jam dah pukul 4.30 pm.Semua pon dah puas mandi. Hari pon dah petang. So kemas-kemas sume barang dan siap-siap tukar baju.  Nasib lah ada kawan husband I bawa khemah. Boleh lah tukar baju dalam tu. Toilet kat sini tak bersih. Memang tak selera nak masuk..Sebelum gerak balik kami amik gambar dulu.Tapi mase amik gambar tu dah ramai juga yang balik. Ada 5 biji kete termasuk kete I yang tak balik lagi masa tu. Ape pun aktiviti picnic hari tu memang best. Next year boleh lah buat lagi.Kita pegi jauh skit..Hhuhuhuhuhuu…

Penuh bonet masing-masing...
Para isteri dan anak-anak..Ramai lagi patutnya tp ramai yg dah balik.

Tq abg,bawa sayang n sirhan picnic..BEST!!!
Orang -orang kuat...

No comments:

Post a Comment