Monday, October 8, 2012

Jomm Pi Tengok Movie :-)



Salam Uolls…

Korang dah pegi tengok Hantu Kapcai? Ala cite lakonan Zizan n Fizz Fairus tu. Jumaat mggu lepas, hubby I tetibe jek ajak layan movie. I on aje. Laju pegi bersiap..Ngehh.Ngehh..:-)Agak lama juga ye, tak menjejakan kaki ke panggung wayang. Last pegi tengok movie cite Kung Fu Panda..Ha lama kan.kan.kan. So IOI Mall destinasi kami tuju.


Sampai je terus pegi queue beli tiket. Tapi..tapi.. harapan kami tak kesampaian nak tengok Hantu Kapcai coz filem ni diklasifikasikan sebagai 18 PL. Kanak-kanak bawah 18 tahun tak boleh tengok cite ni. Kenapa tak boleh tengok? Sebab sebenarnya filem ni terkandung lawak2 yang agak ekstrem. Tak sesuaiiiiii untuk kanak-kanak. Sori ye Sirhan kita tak jadi nak tengok wayang ye sebab kamu tu baru dua tahun jagung.

Agenda seterusnya, jom jalan-jalan cuci mata n cuci wallet sekali. Weeehhuuhuu!!!!


Friday, October 5, 2012

Tension?...What a joke>> Lawak mesti baca :-)


Ada sape-sape yang tengah tension macam i? Tengok kat bawah ni..Sure korang pecah perut n tension terus hilang...

 


















Prevention Is Better...

Hiiii…..

Salam hari jumaat…

Uolls semua sihat? I n family alhamdullilah sihat-sihat aje. Semoga kita semua dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kesihatan yang baik-baik.Okey, cerita pasal kesihatan ni kan, I nak kongsi tentang produk minuman kesihatan yang I satu family tengah ambil. Bukan ni I nak jual or nak suruh oulls beli tau.NO..NO.. Just nak share je kebaikan produk yang I ambil ni. Sharing Is Caring..Nama produk minuman kesihatan  ni JUARA ALFAFA KLOROFIL. Produk yang berasakan tumbuhan.

ALFAMINT mengandungi klorofil dari daun Alfalfa yang segar. Alfalfa adalah sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Afafa adalah tumbuhan di dunia yang mempunyai paling banyak alkali. Alkali ini menolong mengimbangkan asid bisa dalam badan. Protien yang terkandung dalam alfafa adalah 18.9% berbanding dengan daging lembu 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%. Kalsium dalam alfalfa adalah 14 kali lebih daripada benih gandum dan 144 kali daripada hati.

Pelbagai khasiat yang terkandung didalam  daun alfafa untuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti :
  1. Buasir
  2. Gout
  3.  Anemia
  4. Sembelit 
  5.  Barah
  6. Gastrik 
  7.  Lumpuh
  8. Resdung 
  9.  Darah Tinggi
  10. Sakit Kepala
  11.  Batu Karang
  12. Darah Rendah
  13.  Kencing Manis
  14. Lemah Jantung
  15. Batuk Kering (TB )
  16. Kurang Selera Makan
  17. Masalah Buah Pinggang
  18. Meningkatkan Daya Ingatan
  19. Melancarkan Peredaran Darah
  20.  Membersihkan usus yang kotor
  21. Menajamkan Penglihatan yang kabur
Alhamdullilah, setelah I minum minuman kesihatan ni, I dapat rasakan perubahan pada diri i. Bangun pagi I rasa badan segar sangat. Rasa letih dan lesu dah tak da lagi. Lebih rase cergas dan aktif. I kerap buang air kecil. Proses buang air besar pun lancar. Semoga i sekeluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat. Sirhan suke sangat minum air klorofil ni. Ibu nak air IJAU!!!

Wednesday, October 3, 2012

Tuesday, October 2, 2012

Berpicnic Sakan di Ulu Yam...

Sakan ye berendam. Sampai demam n amik MC..Huhuhuhuh. Bertahun dah tak pegi picnic. Hari sabtu lepas, budak-budak  seksyen kilang husband I buat family day gitu. So destinasi pilihan untuk picnic ULU YAM.  Korang penah pegi Ulu Yam tak? I memang tak penah pergi, tapi husband I kata dia dah dua kali pegi masa dia bujang dulu. Pegi naik motor je dulu katanya sebab nak layan corner kat Ulu Yam tu. Memang iye pun jalan untuk sampai ke tempat kami nak berpicnic tu memang  sangat lah mencabar. Berbukit-bukit  dan selekohnya sangat tajam. 

Kami keluar rumah awal pagi sabtu tu. Pukul 7.30 pagi dah gerak ke kilang husband I sebab semua kena berkumpul kat sana selewatnya kul 8.15 pagi. Sape lambat..Tinggal!!!. 15 biji  kete yang berkonvoi ke Ulu Yam. Dari Sham Alam nak ke Ulu Yam tu makan masa dua jam.  Jauh lah juga . Itu pun dari Shah Alam nak ke Batu Caves kami semua  ikut highway.

Bosan lama sangat nak sampai ke Ulu Yam..Kita amik gambar dulu.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi sampai 15 biji kete nih kat Ulu Yam. Fuhhh!! Memang nyaman udara kat sana. Sejuk n banyak angin. Bunyi deruan air terjun pulak buat hati lebih teruja nak berendam..Hahahahah…Anak bujang I memang tak boleh nak sabar bila nampak air. Tak tentu arah dia.

Dahhh sampaiiii
Tengok..Nak cepat mandi nye pasal x nak amik gambar dulu..


Cepat lah ibu..Nak mandi bukan amik gambar la..
Bila dah jumpa tempat yang sesuai nak mandi, semua dok pakat bawak turun barang n makanan.  Kata potluck kan. Harus lah banyak makanan. I n husband buat ayam perap untuk BBQ. Jenuh lah balik dari keje hari jumaat tu duk memerap 8 ekor ayam.  Untuk makan 60 orang lah katakan.

Tiup..Tup jangak x tiup sampai hidup api..
I dengan Sirhan memang dah siap-siap pakai baju mandi. Settle letak barang I n Sirhan laju je turun mandi. Gggrrrrrkkk...Sejuk gile air dia.Sirhan pon mula-mula excited,  kena je air sejuk terus dia bangun. Terkejut agaknya..Hahahahahha..Padan muka, tulah sape suruh tak sabar. Ibu dah cakap kan suruh tunggu tengah hari skit. Tapi kejap je dia takut pas tu dia berendam semula. Kawan-kawan pulak ramai, lagi lah dia tak peduli sejuk tau suke jek.
Menggigil - gigil kesejukan budak ni!!
Bila dah berendam dalam air, harus lah perut jadi lapar kan. Naik dulu kita makan. Ada nasi lemak, bihun goreng Singapore, sandwish, kek besday, ayam n daging BBQ, sosej n nugget, dessert, muffin, makanan ringan n kuih muih.  Alhamdullilah makanan tu berlebih-lebih. Siap masa nak balik tu tapau sorang skit. Husband I n kawan dia memang sibuk dok bakar ayam. Sume kata ayma perap kitaorg tu sedap..TQ semua!!Kami buat dengan ikhlas sebab tu sedap..Hahahhaa..Ceh poyo jek puji diri sendiri.Tak malu.
Nak makan kena beratur ye..Jangan rebut..Sume dapat makan punya.
Baba, cepat lah adik nak ayam lah..
Dah sejuk berendam kasi panas badan dulu kat api sambil mkn ayam
Nyummmmmyyyy...Ayam perap..Ni lah hasilnye..

Tak sangka pulak orang-rang laki ni ada sediakan pertandingan untuk anak-anak dan kaum bapa sendiri. Tapi agak tak puas ati juga sebab pertandingan untuk kaum ibu taka de. Ini tidak adil.Kami semua penat masak tau. Kalau kami tak masak ha lapar lah korang semua  tak makan.Hehhehehe..Protes gitu kan. Tetibe Ketua cakap memang taka da pertandingan untuk ibu-ibu tapi kami dah sedia awal-awal dah adiah untuk para ibu.Hehehhehehe..Lebar senyum mak-mak ye. Tak payah bertanding terus dapat hadiah. Antara pentandingan yang diaorg buat tiup belon, rebut gula-gula, menyelam sape paling lama, berenang n paling best terjun bebas dari atas batu tinggi ala-ala Pandalela Rinong gitu.Tapi acara terjun bebas tu untuk kaum bapa je. Husband I tak menang sebab amik mase lama nak terjun.Dia dulu masa bujang dia berani je. Ni dah kawin dia kata ketaq lutut.Hahahahaha….

Tiup..Tiup sampai pecah ye!!
Cepat..Cepat belon sape pecah dulu dia dapat hadiah!!
Rebut gula-gula..Ibu yg over..Anak relax je..ahahahahah
Tengok jam dah pukul 4.30 pm.Semua pon dah puas mandi. Hari pon dah petang. So kemas-kemas sume barang dan siap-siap tukar baju.  Nasib lah ada kawan husband I bawa khemah. Boleh lah tukar baju dalam tu. Toilet kat sini tak bersih. Memang tak selera nak masuk..Sebelum gerak balik kami amik gambar dulu.Tapi mase amik gambar tu dah ramai juga yang balik. Ada 5 biji kete termasuk kete I yang tak balik lagi masa tu. Ape pun aktiviti picnic hari tu memang best. Next year boleh lah buat lagi.Kita pegi jauh skit..Hhuhuhuhuhuu…

Penuh bonet masing-masing...
Para isteri dan anak-anak..Ramai lagi patutnya tp ramai yg dah balik.

Tq abg,bawa sayang n sirhan picnic..BEST!!!
Orang -orang kuat...